Thursday, June 21, 2012

Wedding Venues

Dear diary,


If you question me about how far has the preparation for the big day gone through, I could say only 0.1%. Belum ada satu persiapan pun lagi yang dah dibuat sebenarnya kecuali tempahan dewan untuk majlis resepsi. Walaupun ada lebih kurang sembilan bulan lagi, tapi dengan masa yang bergerak sangat pantas sekarang, pejam celik pejam celik nanti majlis tinggal tak berapa hari je. Umm, I nervous tau! 


Okay, as for the venue, ada dua event utama yang akan diberi keutamaan iaitu Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi. So, untuk kedua-dua majlis ni ada dua tempat yang telah menjadi pilihan iaitu Masjid Bertam Perdana dan Kompleks Sukan MPSP.


Majlis Akad Nikah - Masjid Bertam Perdana


Mula-mula dulu  I macam pernah berangan untuk buat majlis nikah di rumah. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau boleh taknak susahkan parents nak siapkan rumah semata-mata untuk my solemnization, so I agree with mom's suggestion to do it at the mosque. 


Tapi rumah my parents dekat kawasan Telok Ayer Tawar, so, kenapa I pilih untuk bernikah dekat Masjid Bertam Perdana, di kawasan Kepala Batas? Bukan ke ada banyak masjid dekat kawasan Telok Ayer Tawar tu? Okay, let me explain.


InsyaAllah nanti lepas berkahwin, I akan duduk di rumah sendiri yang I dah beli di kawasan Bertam, tak jauh dari masjid tu. Maknanya I akan jadi penduduk di situ lah kan? So, afdhal jugak kalau I bernikah di masjid yang berdekatan dengan rumah yang akan diduduki sendiri nanti, ye dak?


Lagipun masjid ni baru sangat siap dibina. Apa salahnya kalau kita sama-sama mengimarahkan masjid baru kan? Cuma insyaAllah nanti I akan cuba pastikan diri sendiri dan tetamu yang hadir dapat mengikuti semua tatacara dan adab yang sesuai untuk menjalankan pernikahan di rumah Allah tu. :)


Masjid Bertam Perdana
[photo courtesy]


Majlis Resepsi - Kompleks Sukan MPSP


After a series of hall hunting (through my mom), insyaAllah majlis resepsi nanti akan dijalankan di sini. Alhamdulillah the booking has been confirmed and kena bayar deposit RM300 upon confirmation. Jumlah sewa dewan untuk sehari I lupa pulak nak tanya mak. hehe.


You know what, two of my childhood best-friends also did their wedding reception over there. Thara (August, 2008) and Nazirah (December, 2011). So I guess mine will complete all three of us celebrating our wedding at the exact same hall. Farah dikecualikan sebab dia dah lama pindah dari Penang. :)


Thara's wedding reception in 2008
Masa ni masing-masing belom kawen. hikhik.


So, when I did a little bit of research about this hall, I bumped into this b2b blog (Rina Hamid) and she made quite a clear review about this place. Thanks Rina for making things easier for me! Okay, now let's check:


Kelebihan:
1) Memang besar gila (boleh muat lebih 1000 orang serentak)
2) Parking banyak gila
3) Boleh ambil caterer luar
4) Ada aircond
5) Surau dan tandas dalam dewan 


Kekurangan:
1)  Dewan terlalu besar (decoration kena pakai banyak untuk tutup kekurangan - jadi mahal kos deco)
2) PA System tak disediakan
3) Kerusi meja kena cari sendiri 
4) Backdrop besar dan tinggi (kos decor naik lagi)
5) Stage tinggi (kena jaga2 untuk yang pakai heel 5inci)


Ha, cukup lengkap kan maklumat yang Rina bagi? So, boleh bayangkan tak rupa dewan tu macam mana? Kalau tak, meh sini nak tolong jelaskan dengan gambar yang I copy juga dari blog Rina. Thanks once again babe! Very much helpful! 


Pandangan dari atas pentas


Pandangan dari pintu masuk



So I guess that's all I could share about the wedding venues. Doakan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan ye. Thanks! :)


4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam.
Boleh x sy nak tgk kad kahwin tuan sebab sy perlukan peta lokasi utk dicetak di kad kahwin sy..
Terima kasih.

Nurul ain adilah said...

Ada no fon dewan x.. Nak tanya utk sewa

Nurul ain adilah said...

Ada no fon dewan x.. Nak tanya utk sewa