Thursday, March 7, 2013

Tips berumah tangga untuk bakal pengantin

Dear diary,


I baru lepas sesi urut dengan lulur buat kali kedua. Sementara nak tunggu lulur kering I nak cerita sikit apa yang tukang urut (Kak Yati) kongsi pasal tips-tips berumah tangga terutamanya kepada bakal-bakal pengantin macam I ni.


Kak Yati pesan, dalam rumah tangga, dua benda paling penting yang isteri kena jaga adalah kesihatan/kebersihan dalaman diri and tempat tidur. Yang lain-lain tu of course kena jaga jugak, tapi yang dua ni sangat perlu diberi perhatian.


Untuk kesihatan dalaman, amalan paling penting yang kena buat, jaga solat 5 waktu, dan amalkan baca ayat Al-Quran. Selain tu, kena jaga pemakanan, makan ubat-ubat tradisional, dan rawatan badan sekali sekala. Kalau buat semua ni secara konsisten, insyaAllah muka pun sentiasa berseri tak payah nak pakai make up pun nampak berseri-seri. Aduhh, terasa I. huhu. :p


Untuk jaga tempat tido pulak, dia cakap bukan susah sangat pun. Isteri kena amalkan bangun awal pagi sekurang-kurangnya setengah jam awal dari suami. Bersihkan diri, siap wangi-wangi, takdela suami bangun nanti tengok isteri serabai rambut mengerbang. Tak ke sejuk hati bila celik mata tengok isteri dah siap berdandan wangi-wangi kan? hehe.


Lepas dah kejut, masa suami masuk bilik air nak mandi ke berwudhuk ke, isteri kena cepat-cepat kemaskan tempat tido, bentang sejadah and ready untuk solat berjemaah. Lepas dah siap solat, boleh prepare quick breakfast sama-sama atau minum air secawan pun dah cukup kalau rushing nak pegi keje.


The most important place in a house.
Must always look welcoming and comfy.


Kak Yati cakap cuba amalkan rutin macam ni tiap-tiap pagi. Mula-mula memang susah atau kekok sikit, tapi lama-lama mesti jadi biasa. Bila suami senang hati tengok diri kita, rumah tangga kita sentisa terurus, insyaAllah suami takkan ada alasan untuk berubah hati sebab isteri sendiri dah cukup sempurna.


Haa, panjang lebar sungguh pesanan dari orang tua. Bila fikir-fikir balik, semua apa yang Kak Yati pesan tu sangat lah logik dan patut diamalkan. Memang la urusan panjang pendek jodoh tu semua urusan Allah kan, tapi usaha tu yang paling penting. Jom kita sama-sama buat ye? :)


Love,
the-innocent-bride

Friday, March 1, 2013

Rawatan memanjakan diri untuk bakal pengantin

Dear diary,


Lamanya tak rekod perkembangan persediaan untuk majlis akad nikah dan kenduri kat dalam ni kan? InsyaAllah dalam tempoh sebulan sebelum majlis ni I cuba share apa-apa yang menarik dah information yang berguna untuk panduan bakal pengantin.


Hari ni I nak kongsi sikit pasal persediaan fizikal untuk pengantin khas nya untuk pengantin perempuan la. Pengantin lelaki I taktau.hehe  Kira ni lebih kurang macam proses rawatan memanjakan diri la sebelum menjelang majlis.


When I came back to Malaysia two weeks ago, I was looking for a spa or any bridal place near my house that provides services like urut, mandi lulur, and so on tapi tak jumpa yang berkenan di hati. huhu. Maklumla I ni bukan la jenis spa person. Rasa macam makcik-makcik or datin-datin je yang pi sana. hehe.


Tapi untuk majlis sekali seumur hidup ni (InsyaAllah), nak la jugak buat rawatan manjakan badan bagi berseri sikit rupa pengantin nanti kan kan? So, my mom pun introduce sorang tukang urut yang dia biasa panggil datang berurut dekat umah.


Mula-mula I ingat stock tukang urut yang datang kat umah ni sure la pangkat nenek-nenek tua kan. Sekali datang, nenek vogue okehh!! She's a midwife (bidan), she drives on her own and she looks like her mid thirties walaupun dah ada 3 orang cucu. Serious jealous!!


She suggested me to go through a series of 3 massage sessions untuk buang angin yang melambak-lambak dalam badan sebab banyak urat-urat dah keras and bersimpul-simpul. Huwaaa, nampak je kurus tapi angin melambak. I need at least three consecutive days to complete the massage treatment.


And rupanya dia pun offer rawatan lulur and a few other treatments that is suitable for a bride-to-be like me. Yippi yayy!! tak payah susah-susah cari spa yang tak pasti diorang guna bahan apa kat badan kita. Now I have my personal beautician yang guna bahan semula jadi SEPENUHNYA. Siap datang rumah lagi, so nak kena berkemban ke apa ke tak la segan sangat sebab kat rumah sendiri.hehe.


Mula-mula dia urut seluruh badan. Sakit gilaaaa masa dia nak betolkan urat-urat yang keras dan bersimpul tu, mostly dekat belakang betis dan urat belikat dekat pangkal leher. Dekat sejam jugak la urut yang first time tu. Tapi best sebab minyak urut tu best bau macam rose so lepas urut badan bau wangiiii je macam nak makan diri sendiri. hehe. 


Serious sakit sangat badan lepas urut tu, tapi the next morning I felt fresh and energetic. Mana taknya, darah semua dah lancar tak tersekat-sekat lagi dah. Dia siap betolkan kedudukan peranakan dan make sure urat besar (dekat area bumper kita) is put back to where it is meant to be. Senang cerita nak bagi bontot lawa la. Kalau cakap dengan tukang urut mesti dia tau nak buat macam mana. :)


Masuk urut kali kedua, lebih kurang macam tu jugak but this time tak berapa sakit dah sebab urat-urat dah tak bersimpul sangat. Tapi kali ni dia sambung terus dengan lulur satu badan. Balinese style katanya. Habis kuning satu badan dia lumur dengan bancuhan rempah ratus. Mula-mula best je rasa sejuk bila dia urut-urut badan dengan lulur tu. Sekali lepas 15 minit, baru terasa panas bila rempah-rempah tu reacted untuk buang angin dalam badan.


Lulur tu kuning macam ni kat satu badan.
Macam lumur garam kunyit kat ikan goreng pun sodapp. hehe.
Ehh, kain batik la. Rasa sungguh sopan santun. hihi. :p


Keras la jugak badan sebab tak boleh bergerak banyak masa lulur tu. Kalau bergerak nanti lulur tu tanggal satu keje pulak nak menyapu satu umah. Maka dok la diam-diam dalam setengah jam sebelum boleh pegi mandi. Tapi lepas mandi tu seronoknyaaaa rasa. Kulit terasa bersih and segar!! 



Supplement yang kena makan selain urut, lulur semua tu
Yang kiri tu untuk buang angin, yang kanan untuk rawatan dalaman wanita.


Dia cakap proses urut and lulur ni akan berterusan tiap-tiap minggu sampai la majlis nanti. Bila dah makin dekat hari nanti akan mandi dengan bunga-bunga pulak. Jangan la percaya yang pelik-pelik pulak, anggap je zat-zat dari bunga tu untuk refresh kan badan sebab tu boleh naikkan seri. Tak salah pun kalau buat, asalkan niat and cara yang kita guna tu betol. Cuba la ye! :)


Selamat memanjakan badan bakal-bakal pengantin sekalian!


Love,
the-excited-bride

Monday, January 21, 2013

Tinggi atau rendahnya mas kahwin

Dear diary,


My wedding is coming in about two months time! Now you tell me how should I react when the big day is  getting nearer while my preparations are not even close to ready. Hmm, takde la sampai tak prepare apa-apa langsung, ada tu ada. Cuma mungkin sebab I masih dekat Australia, tu yang tak nampak sangat perkembangan sebenar macam mana.


Anyway, hari ni I nak kongsi pendapat sikit pasal salah satu perkara wajib dalam akad nikah, iaitu mas kahwin (mahar). Mas kahwin ni berbeza dengan wang hantaran ye. Wang hantaran tu hanyalah adat, mas kahwin pulak adalah perkara wajib di dalam Islam yang merupakan sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri yang bakal dinikahi sebagai tanda kejujuran suami dalam menikahi isterinya.


Contoh value mas kahwin ikut negeri di Malaysia
*google*


Kiranya kat sini, takde nilai minimum or maksimum untuk value mas kahwin ni. Semuanya terpulang kepada suami, ikut kemampuan beliau, sebagai tanda penghargaan suami kepada isteri dengan penuh kerelaan. Tak kira la dalam bentuk apa sekali pun, wajib ada sesuatu pemberian, walaupun hanya dengan potongan ayat Al-quran yang suami hafaz.


Bagi perempuan, it is good to understand the concept behind the mahar. Dalam Al-Quran ada di highlight kan, sebaik-baik mas kahwin adalah apa yang memudahkan suami. Kiranya kalau mahar yang rendah itu memudahkan suami, maka rendahkan lah mahar tersebut.


Dan bagi suami pulak, tiada nilai maksimum dalam pemberian mas kahwin ke atas isteri. Terutamanya bagi yang mampu dan mudah ke atasnya. Kiranya jika mampu dan mudah, bagilah mas kahwin semaksimum mungkin dengan penuh kerelaan hari sebagai tanda penghargaan ke atas isteri.


Mula-mula I tak berapa setuju sangat dengan pendapat bagi mas kahwin tinggi ni sebab I lebih berpegang kepada kebaikan di sebalik mas kahwin yang rendah. Lepas tu I buat research sikit pasal ni, then only I found a few solid reasons kenapa suami digalakkan untuk memberi mas kahwin yang tinggi kepada isteri (kepada yang mampu sahaja). This is not applicable to those who are not capable to do so.


Ada banyak reason sebenarnya tapi I tertarik dengan satu pendapat yang bila difikir-fikirkan balik, relevan jugak alasan beliau kenapa mahar yang tinggi tu adakalanya perlu. Okay contohnya macam ni lah, katakan A (suami) dinikahkan dengan B (isteri) dan mas kahwin yang diberikan adalah RM80.00 (contoh sahaja).


Selepas seminggu bernikah, A telah meninggal dunia dan meninggalkan B tanpa sebarang harta kecuali mas kahwin yang bernilai RM80 tadi dan B pulak tidak mempunyai pekerjaan. Can you imagine, macam mana B nak teruskan kehidupan sementara dia nak dapat kerja bagi menampung hidup sendiri. Agak susah kan?


Situasi akan jadi berbeza kalau mas kahwin yang diberikan adalah RM1000. Duit yang ada tu boleh digunakan untuk menampung diri sendiri selepas kematian suami sebelum dapat kerja baru. Sekurang-kurangnya makan pakai B akan terjaga dalam beberapa tempoh.


Ni antara contoh simple yang I dapat kongsi la. Sebelum I buat research pasal ni, I cuma terima satu pendapat sahaja (lagi rendah mas kahwin tu lagi afdhal). Yes, this is the best and and always right. But there are some situations that encourage the husband to give higher value of mahar to the wife. Dengan syarat tidak membebankan.


Islam tu indah sebenarnya kan? Setiap garis panduan yang ditetapkan dalam Al-Quran pasti beserta dengan hikmah sekali. Kadang-kadang kita je yang taktau. Atau tak ambik tau. So I guess that's all I could share for now. Semoga laluan I (dan bakal suami) untuk mendirikan masjid ni dipermudahkan. Amin.


Love,
the-humble-bride