Showing posts with label Wedding dress. Show all posts
Showing posts with label Wedding dress. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Wedding colour scheme

Dear diary,


It is roughly 3 months before my wedding and I started to feel the heat already. Boleh tahan nervous jugak rupanya kerja kahwin ni ye? Ingatkan relax je. hihi. I don't know how far my preparation has gone through up until now. Not that much I guess. It's okay, semoga semuanya dipermudahkan. :)


Ohh anyway, I talked to mum last few nights and we have decided the colour scheme for my wedding. Pheww akhirnya! I think the concept would be less is more. The theme is going to be garden wedding where a lot of white and green will be used in the decoration.


Pengantin is wearing white and the rest (close family and friends) are invited to wear any colour from peach and coral hues. Kiranya diorang akan jadi macam bunga-bunga dekat garden la. hehe.  Kalau tengok betol-betol lebih kurang je peach dengan coral ni so tak kisah sangat yang mana pun. Setakat ni plan nya macam tu. Lepas ni mak akan announce the theme colour so semua orang boleh cari baju yang sesuai mengikut colour scheme seperti di bawah. :) 


Coral colour scheme


Peach colour scheme


Tapi pengantin punya baju pun tak buat lagi. haha. Selambe gila. Design yang berkenan tu dah ada tapi taktau lagi nak tempah dekat mana. Haihh takkan nak tunggu last minit baru nak buat baju pengantin ni. No good no good. huhu. 


Love,
the-excited-bride

Thursday, October 18, 2012

Wedding dress:: Kebaya Songket Tradisional

Dear diary,


This time, I am here to share about what I wish to wear on my wedding. Kira macam dream wedding dress la ni. hehe. Memandangkan nanti akan ada 3 majlis iaitu akad nikah, resepsi sebelah perempuan, dan resepsi sebelah lelaki, so untuk salah satu majlis tu, I 'm planning to choose something that I have long been wanting to wear.


Biasanya perempuan je yang kecoh-kecoh nak pakai baju apa semua ni kan? Lelaki relax je tak kisah sangat sebab tak kira rekaan macam mana pun, pakaian untuk pengantin lelaki ni tak jauh beza. Jadi, perhatian biasanya lebih sikit untuk pakaian pengantin perempuan.


Sebelum I tunjuk antara contoh-contoh yang I berkenan, antara kriteria yang I sangat ambik berat tuntuk baju yang di pakai semasa majlis nanti adalah:


  1. Cukup labuh terutamanya di bahagian belakang yang menutupi punggung.
  2. Tak ada bahagian yang jarang. Rasanya semua pengantin zaman sekarang dah kurang pakai baju yang jarang dekat tangan dan dada tu. Paling tidak pun semua mesti dah ada lining. So, takde masalah sangat.
  3. Potongan yang bagi effect tinggi dan langsing.


Kalau ikut kriteria kat atas ni, rasanya jenis baju yang paling sesuai adalah kebaya songket tradisional. Rekaannya yang tak ketat dan tak longgar terletak elok dekat badan, labuh menutupi punggung dan potongan serong dekat depan tu buat pengantin nampak slim and slender. Material kain songket tenun ni pulak tak jarang and kalau pandai pilih, boleh dapat kain songket yang tak tebal, tapi still mempunya tenunan yang timbul dan cantik.


I was inspired to wear traditional kebaya songket since the first time I watched the royal wedding of  YM Raja Nazrin Shah and YM Tuanku Zara a few years back. Sejak dari tu dah terdetik kat dalam hati "I will wear something descent and beautiful like this on my wedding later on". Padahal masa tu belom layak fikir pasal kawen lagi tapi dah siap berangan. haha.


Kuning diraja. Seri pengantin sangat terserlah.


Bagi I, pemakaian kebaya songket ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Evergreen bak kata orang putih. Selain tu, bila tengok pengantin pakai kebaya songket ni, seri dia lain macam sikit sebab menyerlahkan lagi ciri-ciri kemelayuan. Pengantin lelaki nampak segak bak seorang pahlawan, pengantin perempuan pulak nampak sopan dengan rekaan yang humble tapi tetap menyerlah.


Cantik dengan accessories yang simple.


More collection that I love.


Nampak segak kan?


So I think that's all I could tell about my dream wedding dress in one of the three events.  Untuk majlis yang lain tu, maybe design lain lah pulak. Tak best la kalau semua sama je kan? Tapi kebaya songket ni teringin dipakai dalam salah satu majlis tu.  That's what I wish for my big day later on. :)


Love,
the-excited-bride

Tuesday, July 3, 2012

Mencari majlis perkahwinan yang diberkati Allah SWT

Dear diary,


Hari ni nak kongsi sikit pasal gambar orang kawen.hehe. Honestly, I suka gila tengok gambar pengantin! Tak kira la sesapa pun. Asalkan ada membe kawen je, mesti habis satu album wedding dia I akan godek-godek sambil imagine wedding sendiri nanti nak buat macam mana. :p


I suka tengok gambar pengantin sebab bila dah sah dengan ikatan, seri dia memang lain kan? Ditambah pulak dengan majlis yang meriah, lagi la nampak menarik. Kalau gambar pre wedding semua tu, I kurang berkenan sikit. But for post wedding pictures, I definitely agree!


Then baru-baru ni bila keluar banyak gambar majlis pernikahan and resepsi Irma Hasmie, I rasa sangat-sangat tertarik untuk contohi majlis dia. Sebelum ni ramai lagi artis yang dah kawen, tapi sikit pun tak menarik minat I untuk terus dapatkan maklumat dari internet. Maklumla artis kan? Gila apa nak ikut cara depa? Mau tak cukup tanah nak lari sebab kena ligan dengan bapak! haha. :p


But for Irma Hasmie's wedding, I personally think that this is one good example that everybody must follow. Bukan la maksudnya kena buat majlis besar macam dia, tapi konsep islamik yang diterapkan tu sangat-sangat lah I suka! Tengok baju dia, perjalanan majlis, tetamu yang hadir, semua sejukkkk je mata memandang.


What I like about her wedding dress is, hampir sempurna rekaannya. Tutup aurat sepenuhnya, warna yang sangat humble yet very sweet, and make up yang sederhana enhancing her natural beauty. Senang cerita, dia adalah pengantin selebriti yang paling cantik dan sopan yang I pernah tengok setakat ni!


Majlis pernikahan.
Look at how stunning she was in her wedding dress.


Majlis resepsi
Sangat-sangat sopan dan humble. I like! :)


I hope mine will be something like this. Sederhana dari segala segi tapi dalam kelas yang tersendiri. Jangan lah bandingkan dengan majlis Irma Hasmie. Haruslah majlis dia sedikit besar-besaran sesuai dengan dia yang seorang public figure. Tak salah kan kalau kita ikut contoh yang baik-baik macam ni, dan disesuaikan dengan kemampuan kita sendiri.. :)


Segala yang terbaik buat pasangan mempelai.
Semoga Allah swt terus memberkati kalian.



p/s: all photos were taken from the internet and photos courtesy as watermarked.


Love,
the-excited-bride