Dear diary,
Ingat tak dalam entry kat
sini dulu I ada cerita pasal venue untuk majlis pernikahan I? I mentioned about having it done at
Masjid Bertam Perdana right? After doing a careful research about this matter, I decided to amend the original plan. Why? Here I will explain it further.
Masa balik ke Malaysia minggu lepas, I sempat buat appointment dengan seorang Ustaz, Pegawai Pendaftar Nikah daerah Seberang Perai Utara. Senang cerita, beliau ustaz yang bakal menguruskan semua hal pernikahan I nanti. Sangat banyak information berguna yang I dapat dari ustaz tu tau. Come let me share everything with you guys okay.
Firstly, berkenaan dengan adat pernikahan di masjid. Semua orang tau bernikah di rumah Allah swt adalah satu perkara sunnat yang dapat menambah pahala kita. Tapi kebanyakan kita hari ni terlepas pandang perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada dosa akibat daripada cuba merebut pahala sunat tersebut.
Ustaz ada tekankan tentang PENGANTIN PEREMPUAN dan SEMUA TETAMU WANITA yang didatangi haid TIDAK BOLEH berada di dalam masjid. So, kalau kita tengah period masa tu tolong lah jangan berada di dalam ruang solat semasa upacara ijab kabul dijalankan. Tunggu dekat balai di luar kawasan solat takpe.
Tapi tak syok lah kan? Kalau boleh mesti kita nak saksikan sendiri bakal suami berjabat tangan dengan tok kadi atau wali kita sendiri kan? Kesimpulannya, kalau dah boleh agak majlis pernikahan tu akan period, batalkan majlis di masjid, sebaliknya buat di rumah saje. :)
Lagi satu hal, tentang aurat. Kita kena pastikan PENGANTIN PEREMPUAN dan SEMUA TETAMU WANITA DAN LELAKI menutup aurat sepenuhnya untuk menghadiri majlis pernikahan di dalam rumah Allah swt. Jangan sebab nak merebut pahala sunat, kita sebagai tuan rumah terpaksa tanggung dosa semua tetamu yang hadir tanpa menutup aurat mereka sepenuhnya.
So, untuk elak dari terjadinya kesalahan-kesalahan macam ni, ustaz tu cadangkan untuk buat majlis di rumah atau di luar kawasan rumah Allah saje. Kecuali kalau kita dapat pastikan kita betol-betol dapat ikut syariat, you are proudly welcome to have your solemnization at the mosque.
One more thing, ustaz ada galakkan untuk menjalankan pernikahan di dalam hari Jumaat, iaitu hari silaturrahim. Tempoh ni antara selepas waktu asar hari Khamis sehingga sebelum waktu Asar hari Jumaat. Kalau ada peluang, rebut lah ye. Tapi nak buat hari lain pun takde masalah. Asalkan cukup syarat sah pernikahan yang lain, tak kisah pun nak buat hari apa. :)
Ha, untuk kawasan daftar pernikahan pulak, lagi mudah kalau kita ikut alamat rumah di dalam kad pengenalan. Kalau nak nikah kat kawasan lain pun takpe, tapi kena buat urusan pertukaran alamat dulu, lepas tu baru boleh berurusan dengan pejabat agama kawasan tersebut.
So, disebabkan alamat rumah I di Telok Air Tawar, Butterworth, Penang, I malas lah nak tukar alamat untuk bernikah di Kepala Batas. Sudahnya, I decided to have my solemnization kat kawasan rumah sekarang jugak. Tak pasti lagi kat mana, samada rumah atau surau berdekatan. Yang tu nanti akan decide kemudian. Untuk reception pulak, tiada sebarang perubahan, masih di dewan Kompleks Sukan Kepala Batas.
Ha, panjang lebar betol entry kali ni. Tapi harapnya information ni membantu untuk menjadi rujukan bakal-bakal pengantin ye. Pernikahan itu adalah ibadah yang dituntut, kalau boleh kurangkan lah sebarang unsur yang boleh mencacatkan ibadah tersebut dengan perkara-perkara kecil tetapi tetap menyumbang ke arah dosa. Wallahualam.
Love,
the-humble-bride