Thursday, October 18, 2012

Wedding dress:: Kebaya Songket Tradisional

Dear diary,


This time, I am here to share about what I wish to wear on my wedding. Kira macam dream wedding dress la ni. hehe. Memandangkan nanti akan ada 3 majlis iaitu akad nikah, resepsi sebelah perempuan, dan resepsi sebelah lelaki, so untuk salah satu majlis tu, I 'm planning to choose something that I have long been wanting to wear.


Biasanya perempuan je yang kecoh-kecoh nak pakai baju apa semua ni kan? Lelaki relax je tak kisah sangat sebab tak kira rekaan macam mana pun, pakaian untuk pengantin lelaki ni tak jauh beza. Jadi, perhatian biasanya lebih sikit untuk pakaian pengantin perempuan.


Sebelum I tunjuk antara contoh-contoh yang I berkenan, antara kriteria yang I sangat ambik berat tuntuk baju yang di pakai semasa majlis nanti adalah:


  1. Cukup labuh terutamanya di bahagian belakang yang menutupi punggung.
  2. Tak ada bahagian yang jarang. Rasanya semua pengantin zaman sekarang dah kurang pakai baju yang jarang dekat tangan dan dada tu. Paling tidak pun semua mesti dah ada lining. So, takde masalah sangat.
  3. Potongan yang bagi effect tinggi dan langsing.


Kalau ikut kriteria kat atas ni, rasanya jenis baju yang paling sesuai adalah kebaya songket tradisional. Rekaannya yang tak ketat dan tak longgar terletak elok dekat badan, labuh menutupi punggung dan potongan serong dekat depan tu buat pengantin nampak slim and slender. Material kain songket tenun ni pulak tak jarang and kalau pandai pilih, boleh dapat kain songket yang tak tebal, tapi still mempunya tenunan yang timbul dan cantik.


I was inspired to wear traditional kebaya songket since the first time I watched the royal wedding of  YM Raja Nazrin Shah and YM Tuanku Zara a few years back. Sejak dari tu dah terdetik kat dalam hati "I will wear something descent and beautiful like this on my wedding later on". Padahal masa tu belom layak fikir pasal kawen lagi tapi dah siap berangan. haha.


Kuning diraja. Seri pengantin sangat terserlah.


Bagi I, pemakaian kebaya songket ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Evergreen bak kata orang putih. Selain tu, bila tengok pengantin pakai kebaya songket ni, seri dia lain macam sikit sebab menyerlahkan lagi ciri-ciri kemelayuan. Pengantin lelaki nampak segak bak seorang pahlawan, pengantin perempuan pulak nampak sopan dengan rekaan yang humble tapi tetap menyerlah.


Cantik dengan accessories yang simple.


More collection that I love.


Nampak segak kan?


So I think that's all I could tell about my dream wedding dress in one of the three events.  Untuk majlis yang lain tu, maybe design lain lah pulak. Tak best la kalau semua sama je kan? Tapi kebaya songket ni teringin dipakai dalam salah satu majlis tu.  That's what I wish for my big day later on. :)


Love,
the-excited-bride

Friday, September 28, 2012

Pernikahan di masjid. Penyumbang pahala atau penambah dosa?

Dear diary,


Ingat tak dalam entry kat sini dulu I ada cerita pasal venue untuk majlis pernikahan I? I mentioned about having it done at Masjid Bertam Perdana right? After doing a careful research about this matter, I decided to amend the original plan. Why? Here I will explain it further.


Masa balik ke Malaysia minggu lepas, I sempat buat appointment dengan seorang Ustaz, Pegawai Pendaftar Nikah daerah Seberang Perai Utara. Senang cerita, beliau ustaz yang bakal menguruskan semua hal pernikahan I nanti. Sangat banyak information berguna yang I dapat dari ustaz tu tau. Come let me share everything with you guys okay.


Firstly, berkenaan dengan adat pernikahan di masjid. Semua orang tau bernikah di rumah Allah swt adalah satu perkara sunnat yang dapat menambah pahala kita. Tapi kebanyakan kita hari ni terlepas pandang perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada dosa akibat daripada cuba merebut pahala sunat tersebut.


Ustaz ada tekankan tentang PENGANTIN PEREMPUAN dan SEMUA TETAMU WANITA yang didatangi haid TIDAK BOLEH berada di dalam masjid. So, kalau kita tengah period masa tu tolong lah jangan berada di dalam ruang solat semasa upacara ijab kabul dijalankan. Tunggu dekat balai di luar kawasan solat takpe. 


Tapi tak syok lah kan? Kalau boleh mesti kita nak saksikan sendiri bakal suami berjabat tangan dengan tok kadi atau wali kita sendiri kan? Kesimpulannya, kalau dah boleh agak majlis pernikahan tu akan period, batalkan majlis di masjid, sebaliknya buat di rumah saje. :)


Lagi satu hal, tentang aurat. Kita kena pastikan PENGANTIN PEREMPUAN dan SEMUA TETAMU WANITA DAN LELAKI menutup aurat sepenuhnya untuk menghadiri majlis pernikahan di dalam rumah Allah swt. Jangan sebab nak merebut pahala sunat, kita sebagai tuan rumah terpaksa tanggung dosa semua tetamu yang hadir tanpa menutup aurat mereka sepenuhnya.


So, untuk elak dari terjadinya kesalahan-kesalahan macam ni, ustaz tu cadangkan untuk buat majlis di rumah atau di luar kawasan rumah Allah saje. Kecuali kalau kita dapat pastikan kita betol-betol dapat ikut syariat, you are proudly welcome to have your solemnization at the mosque.


One more thing, ustaz ada galakkan untuk menjalankan pernikahan di dalam hari Jumaat, iaitu hari silaturrahim. Tempoh ni antara selepas waktu asar hari Khamis sehingga sebelum waktu Asar hari Jumaat. Kalau ada peluang, rebut lah ye. Tapi nak buat hari lain pun takde masalah. Asalkan cukup syarat sah pernikahan yang lain, tak kisah pun nak buat hari apa. :)


Ha, untuk kawasan daftar pernikahan pulak, lagi mudah kalau kita ikut alamat rumah di dalam kad pengenalan. Kalau nak nikah kat kawasan lain pun takpe, tapi kena buat urusan pertukaran alamat dulu, lepas tu baru boleh berurusan dengan pejabat agama kawasan tersebut.


So, disebabkan alamat rumah I di Telok Air Tawar, Butterworth, Penang, I malas lah nak tukar alamat untuk bernikah di Kepala Batas. Sudahnya, I decided to have my solemnization kat kawasan rumah sekarang jugak. Tak pasti lagi kat mana, samada rumah atau surau berdekatan. Yang tu nanti akan decide kemudian. Untuk reception pulak, tiada sebarang perubahan, masih di dewan Kompleks Sukan Kepala Batas.


Ha, panjang lebar betol entry kali ni. Tapi harapnya information ni membantu untuk menjadi rujukan bakal-bakal pengantin ye. Pernikahan itu adalah ibadah yang dituntut, kalau boleh kurangkan lah sebarang unsur yang boleh mencacatkan ibadah tersebut dengan perkara-perkara kecil tetapi tetap menyumbang ke arah dosa. Wallahualam.


Love,
the-humble-bride

Thursday, September 27, 2012

Weddings are freaking expensive. True fact.

Dear diary,


My wedding is coming in 6 months time, and I started to feel really nervous about that. I just got back from Malaysia a few days ago. Though it was just a very short one, I think I've already got a rough idea about how my upcoming wedding is going to look like. Seriously, Malay wedding is really expensive I tell you!


Percaya atau tidak, a minimal wedding nowadays will cost you at least RM20000. When I say minimal, maksudnya tiada sebarang majlis angan-angan di situ. If you are a bride, and you are hosting a reception at a hall, then you probably need the same amount of money for your whole wedding thingy. Tak percaya? Come let me show you the list.


Item Details Price My Budget (RM)
Catering Menu: RM8/pp x 1000 8000
Nasi (Minyak+beriani+putih)
Lauk ayam (Boleh pilih jenis masakan)
Lauk daging (Boleh pilih jenis masakan)
Lauk berkuah (Boleh pilih jenis masakan)
Acar (Boleh pilih jenis acar)
Buah-buahan
Air minuman
Dessert (Boleh pilih combination)
Kerusi & Meja 40 biji meja bersarung RM10/meja 2600
320 biji kerusi bersarung
4 set meja VIP
Meja pengantin RM3/kerusi
Meja lauk
Meja extra (Hadiah,goodies etc..)
Hiasan Dewan Meja pengantin 2500
Pelamin atau yang seangkatan
Walkway (Red carpet and flowers)
Arch (Sebelum dan selepas red carpet)
Tempat potong cake
Baju pengantin Sewa sepasang (RM500-RM1000) 3000
Tempah sepasang (RM1500-RM2000)
Note: Satu sewa + satu tempah
Photo & Video Photographer - RM2500 4000
Videographer - RM2500
Note: Kalau combine lagi murah
Majlis akad nikah Jamuan untuk tetamu terhad RM8/pp x 100  1000
Keperluan Majlis RM200
Cenderahati tetamu Kotak - RM0.50-RM1.00 RM2.50 x 1300 3250
Isi - RM1.50-RM2.00
Miscellaneous Barang hantaran + dulang 3000
GRAND TOTAL 27350


That is the whole idea about what you need for a wedding. Tapi yang I letak tu harga maximum la. You can adjust according to your own preferences. Maybe akan ada perubahan here and there macam jumlah tetamu, baju pengantin, hiasan dewan and whatsoever, but these are the basic things that you need to consider for your wedding ceremony.


I don't think mine will be up to the total amount that I have listed above, but I'm not surprise if it will be something close to that. Mahal gila kan? No wonder la ramai yang terpaksa buat personal loan semata-mata untuk berkahwin. I hope I don't have to do that. Cukup tak cukup, I akan buat majlis sekadar apa yang ada saja. Pandai-pandai la nak hidup untuk tak tambah hutang.


Dulu masa borak dengan membe memang dia ada cakap sedar tak sedar dia dah habiskan RM30K untuk majlis dia. I didn't believe her. Not until I did the research on my own, and came out with the figure above, then I know that she's telling me the true fact. Mungkin ada banyak cara untuk menjimatkan kos, but you have to find your own way. As for me, I will try my best to reduce the cost, utamakan yang perlu, buang segala kehendak yang tidak penting. Sama-sama kita cuba ye. :)


Love,
the-excited-freaked out-bride

Saturday, September 1, 2012

To-die-for Wedding Shoes

Dear diary,


I am really in the mood of dreaming about my own wedding lately. haha. Well, who doesn't rite? Kalau dah memang dilahirkan jadi perempuan, mesti ada angan-angan untuk majlis perkahwinan sendiri. Dapat atau tak tu lain cerita, yang penting kita tau apa yang kita nak. Mane tau dapat memudahkan proses mencari nanti. :)


Okay, kali ni I nak share pasal my dream wedding shoes. Cewah! Macam cinderella la pulak bila cerita pasal kasut ni kan? I tak pasti sejauh mana kepentingan wedding shoes ni untuk pengantin, but I think it really is important for me.


Meh sini I nak tunjuk contoh-contoh kasut yang menarik perhatian I untuk dijadikan kasut semasa majlis nanti. Lucky me because my fiance is a lot taller than I am so I can wear a nice wedding high heels on that day!


I love them for the colour. Nude colour is so catching my attention!
[photo courtesy]


Gold for wedding shoes is something classiq, don't you think so?


Off white!! Seriously, warna putih memang evergreen. Tapi susah nak jaga.
[photo courtesy]


Everybody will turn to be a girly girl by just having a little hint of flowers on the shoes.
Or you can find something with beadings or embroideries.
[photo courtesy]


Haaa, this one caught my attention very instantly.
I can imagine my wedding  dress to match this pair already!
[photo courtesy]


How can you not fall in love with this one?
The rose like flower is soo cute!!
[photo courtesy]


So dah nampak tak macam mana taste I untuk kasut? I love something covered if you notice. Sebab tu minat I lebih ke arah kasut yang bertutup sepenuhnya macam pumps or peep toes. Design pulak tak boleh terlampau sarat. I memegang konsep less is more for the whole wedding ideas. :)


Ohh, I jugak ada terbaca tips memakai wedding shoes masa majlis nanti yang amik kat sini.


  1. Melabur untuk kasut yang selesa. A well-constructed shoes usually comes at a cost. Tak salah kalau spend sikit untuk sesuatu yang kita tau kita akan guna banyak kali.
  2. Pakai sebelum majlis untuk membiasakan kaki dengan kasut tersebut. Walk around with your shoes on until you feel comfortable in them. Tapi jangan la pakai keluar rumah. Hilang seri kasut tu  nanti! hehe.
  3. Jangan bukak kasut yang tak selesa semasa majlis berlangsung. Kalau dah bukak nanti bila pakai balik mesti makin sakit. Take a break and have a seat for some minutes.
  4. Always keep a spare pair of shoes for any circumstances. Hopefully it is as comfortable and gorgeous as the first one!



I am still looking for a perfect wedding shoes for me. If you already found yours, congratulations!=)


Thursday, August 30, 2012

Pearl Hand Bouquet

Dear diary,


Hari I rasa terpanggil untuk buat satu entry pasal hand bouquet atau bunga tangan yang biasanya dipegang oleh pengantin perempuan sepanjang majlis. Nak tau tak apa fungsi bunga tangan ni sebenarnya?


  1. Menambah seri pengantin. Perempuan dengan bunga kan memang sinonim sangat. Kalau dah pakai baju lawa-lawa, ditambah pulak dengan bunga tangan cantik, mesti makin bertambah-tambah seri pengantin tu.
  2. Membezakan pengantin dekat bridesmaid. Maklumlah bridesmaid zaman sekarang ni kadang-kadang lagi vogue dari pengantin. Jadi nak bezakan sikit, pegang la bunga sejambak. hehe.
  3. Menyembunyikan nervous pengantin. Kalau tak pegang apa-apa nanti mesti tangan tu macam taktau nak duduk diam especially bila nervous, so hand bouquet lah penyelamatnya! :)


After considering all the above, I think I have come out with something that I want to have on my wedding later. Eh, belom apa-apa dah fikir pasai bunga tangan?? haha. Apa salahnya kan? Nama pun planning. :)


Telling you about my dream wedding, I love something simple with classic yet classy design. Tak suka terlampau sarat dengan macam-macam bentuk dan warna. That is sooo not me. Lagi simple lagi bagus. Warna pun I tak suka yang terang-terang sangat. Yang lembut-lembut tu macam indah je pandangan kan? hehe.


So if you ask me what it's like to be my hand bouquet, I love the one that is made from pearls or beads. I have seen some people using them in their wedding, and they look absolutely stunning! Of course la sebab diorang pengantin, so pengantin mesti la lawa. Tapi the hand bouquet itself plays the role to enhance the bride's beauty. So, lets check it out!


I wish I can get something like this for my wedding. I love how the colour of the bouquet blends well with the dress. 
[photo courtesy]


Macam ni pun okay jugak. But a little bit messy in my eyes.
[photo courtesy]


This is something different. Simple yet so elegant. Pakai baju warna apa pun takpe.
[photo courtesy]


This is another beautiful example. Tapi nampak macam terlampau "keras" as a hand bouquet. Kan?
[photo courtesy]


Total love love love!! Nampak tak corsage dekat pengantin lelaki matching dengan hand bouquet. hehe. 
[photo courtesy]


I think that's it for today's angan-angan. I will try to make it true for my wedding later on. InsyaAllah. :)


Love,
the-excited-bride

Tuesday, August 14, 2012

Wedding Photographer and Cinematographer hunting

Dear diary,


Memandangkan hari ni mood nak buat kerja ke laut sikit, jadi I isi masa yang ada dengan survey pakej-pakej fotografi & videografi untuk majlis yang akan berlangsung dalam tempoh tak sampai 7 bulan dari sekarang. Ya Allah look at how time flies, and I could say my preparation is still close to nothing. :(


Lepas survey sikit-sikit, I rasa bakal pengantin perlu ada sekurang-kurangnya RM3000 untuk coverage lengkap (gambar+video) untuk majlis perkahwinan mereka. Itupun adalah pakej yang paling basic with flaws here and there. Contohnya, hanya menggunakan junior photographer, coverage hanya untuk satu event ataupun output yang kurang menarik.


For my case, I'm looking for a package that covers the following requirements:

  1. Events: Solemnization & Reception
  2. No. of photographer : 2 (at least one principle, the 2nd one could be a talented junior photographer)
  3. No. of videographer : 1 (always be prepared for any circumstances)
  4. Professional editing for both photos and videos


I guess those are the things that I'm particular the most in looking for a complete package for my wedding. Cari punya cari, I dapat simpulkan dekat sini yang budget keseluruhan yang perlu ada adalah antara RM3000-5000. Harga ni tak termasuk promosi yang diadakan dari masa ke semasa lah. Plus if they are from outstation, budget accomodation dan transport perlu ditambah.


So as a start, I have started following their websites and FB pages waiting for any wedding promotion and I have emailed some of them asking for quotations. Hopefully they will get back to me as soon as possible so that I can put the budget in my wedding check-list.


Boleh tahan jugak rupanya harga photographer and videographer untuk majlis kawen ye. I never thought they could cost me quite a fortune. Tapi ni kan majlis sekali seumur hidup, nak jugak lah ada kenangan yang indah. Kalau untuk majlis tunang sebelum ni I takdela pentingkan sangat pun benda2 alah macam ni, tapi untuk majlis kahwin, I surely want something beautiful to commemorate the most meaningful event in my whole life. :)


Love,
the-excited-bride

Tuesday, July 3, 2012

Mencari majlis perkahwinan yang diberkati Allah SWT

Dear diary,


Hari ni nak kongsi sikit pasal gambar orang kawen.hehe. Honestly, I suka gila tengok gambar pengantin! Tak kira la sesapa pun. Asalkan ada membe kawen je, mesti habis satu album wedding dia I akan godek-godek sambil imagine wedding sendiri nanti nak buat macam mana. :p


I suka tengok gambar pengantin sebab bila dah sah dengan ikatan, seri dia memang lain kan? Ditambah pulak dengan majlis yang meriah, lagi la nampak menarik. Kalau gambar pre wedding semua tu, I kurang berkenan sikit. But for post wedding pictures, I definitely agree!


Then baru-baru ni bila keluar banyak gambar majlis pernikahan and resepsi Irma Hasmie, I rasa sangat-sangat tertarik untuk contohi majlis dia. Sebelum ni ramai lagi artis yang dah kawen, tapi sikit pun tak menarik minat I untuk terus dapatkan maklumat dari internet. Maklumla artis kan? Gila apa nak ikut cara depa? Mau tak cukup tanah nak lari sebab kena ligan dengan bapak! haha. :p


But for Irma Hasmie's wedding, I personally think that this is one good example that everybody must follow. Bukan la maksudnya kena buat majlis besar macam dia, tapi konsep islamik yang diterapkan tu sangat-sangat lah I suka! Tengok baju dia, perjalanan majlis, tetamu yang hadir, semua sejukkkk je mata memandang.


What I like about her wedding dress is, hampir sempurna rekaannya. Tutup aurat sepenuhnya, warna yang sangat humble yet very sweet, and make up yang sederhana enhancing her natural beauty. Senang cerita, dia adalah pengantin selebriti yang paling cantik dan sopan yang I pernah tengok setakat ni!


Majlis pernikahan.
Look at how stunning she was in her wedding dress.


Majlis resepsi
Sangat-sangat sopan dan humble. I like! :)


I hope mine will be something like this. Sederhana dari segala segi tapi dalam kelas yang tersendiri. Jangan lah bandingkan dengan majlis Irma Hasmie. Haruslah majlis dia sedikit besar-besaran sesuai dengan dia yang seorang public figure. Tak salah kan kalau kita ikut contoh yang baik-baik macam ni, dan disesuaikan dengan kemampuan kita sendiri.. :)


Segala yang terbaik buat pasangan mempelai.
Semoga Allah swt terus memberkati kalian.



p/s: all photos were taken from the internet and photos courtesy as watermarked.


Love,
the-excited-bride

Wednesday, June 27, 2012

Hunting for the wedding colour palette


Dear diary,


While I was thinking on where to start in planning my own wedding, then I notice that choosing the right colour may have a huge influence on the overall look. Ye lah, kalau tak pilih warna tema, macam mana nak pilih baju, hiasan meja dan dewan, cenderamata untuk tetamu, kek, dan lain-lain, as everything stems from the choice of your main colour.


I naturally love pastel colours like pretty pink, lavender orchid, baby blue, mint green, soft yellow and light coral. That's why I chose to wear the combination of soft pink and honeydew green for my engagement dress. I personally think that these colours help to create a romantic air in one occasion, sesuai lah untuk majlis-majlis kawin macam gini kan? hehe.


Simple honey-dew mini kurung with pink, yellow and blue embroids


But at the same time, I always dream for a wedding with all white scheme, from the bridal attire, hall decor, main table decor, flowers to the wedding cake. White really forms an elegant, classic and stylish ambiance am I right? Tapi orang tua-tua mesti tak berapa berkenan especially the grandmothers. Pucat lesi tak berseri depa kata! T__T


There are times when adore deep and rich colour tones so much like blood red, dark purple, electric blue and emerald green in a wedding. They look bold and confident. Tapi tak semua orang sesuai pakai macam tu. I takut nanti I end up jadi mak tiri snow white dalam wedding dress sendiri. Tapi kalau mak tiri cun macam Charlize Theron dalam cerita Snow White and the Huntsman, why not???? hehehe. ;p


Hmm, mesti orang ingat orang perempuan ni cerewet kan? Nak pilih warna tema pun payah. But's that the nature I guess? Once I have the idea on what hues should I opt for, then the rest will be much easier. Cabaran seterusnya mungkin tak semua benda ada dalam warna yang kita pilih. ;O


Love,
the-excited-bride