Dear diary,
My wedding is coming in about two months time! Now you tell me how should I react when the big day is getting nearer while my preparations are not even close to ready. Hmm, takde la sampai tak prepare apa-apa langsung, ada tu ada. Cuma mungkin sebab I masih dekat Australia, tu yang tak nampak sangat perkembangan sebenar macam mana.
Anyway, hari ni I nak kongsi pendapat sikit pasal salah satu perkara wajib dalam akad nikah, iaitu mas kahwin (mahar). Mas kahwin ni berbeza dengan wang hantaran ye. Wang hantaran tu hanyalah adat, mas kahwin pulak adalah perkara wajib di dalam Islam yang merupakan sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri yang bakal dinikahi sebagai tanda kejujuran suami dalam menikahi isterinya.
Contoh value mas kahwin ikut negeri di Malaysia *google* |
Kiranya kat sini, takde nilai minimum or maksimum untuk value mas kahwin ni. Semuanya terpulang kepada suami, ikut kemampuan beliau, sebagai tanda penghargaan suami kepada isteri dengan penuh kerelaan. Tak kira la dalam bentuk apa sekali pun, wajib ada sesuatu pemberian, walaupun hanya dengan potongan ayat Al-quran yang suami hafaz.
Bagi perempuan, it is good to understand the concept behind the mahar. Dalam Al-Quran ada di highlight kan, sebaik-baik mas kahwin adalah apa yang memudahkan suami. Kiranya kalau mahar yang rendah itu memudahkan suami, maka rendahkan lah mahar tersebut.
Dan bagi suami pulak, tiada nilai maksimum dalam pemberian mas kahwin ke atas isteri. Terutamanya bagi yang mampu dan mudah ke atasnya. Kiranya jika mampu dan mudah, bagilah mas kahwin semaksimum mungkin dengan penuh kerelaan hari sebagai tanda penghargaan ke atas isteri.
Mula-mula I tak berapa setuju sangat dengan pendapat bagi mas kahwin tinggi ni sebab I lebih berpegang kepada kebaikan di sebalik mas kahwin yang rendah. Lepas tu I buat research sikit pasal ni, then only I found a few solid reasons kenapa suami digalakkan untuk memberi mas kahwin yang tinggi kepada isteri (kepada yang mampu sahaja). This is not applicable to those who are not capable to do so.
Ada banyak reason sebenarnya tapi I tertarik dengan satu pendapat yang bila difikir-fikirkan balik, relevan jugak alasan beliau kenapa mahar yang tinggi tu adakalanya perlu. Okay contohnya macam ni lah, katakan A (suami) dinikahkan dengan B (isteri) dan mas kahwin yang diberikan adalah RM80.00 (contoh sahaja).
Selepas seminggu bernikah, A telah meninggal dunia dan meninggalkan B tanpa sebarang harta kecuali mas kahwin yang bernilai RM80 tadi dan B pulak tidak mempunyai pekerjaan. Can you imagine, macam mana B nak teruskan kehidupan sementara dia nak dapat kerja bagi menampung hidup sendiri. Agak susah kan?
Situasi akan jadi berbeza kalau mas kahwin yang diberikan adalah RM1000. Duit yang ada tu boleh digunakan untuk menampung diri sendiri selepas kematian suami sebelum dapat kerja baru. Sekurang-kurangnya makan pakai B akan terjaga dalam beberapa tempoh.
Ni antara contoh simple yang I dapat kongsi la. Sebelum I buat research pasal ni, I cuma terima satu pendapat sahaja (lagi rendah mas kahwin tu lagi afdhal). Yes, this is the best and and always right. But there are some situations that encourage the husband to give higher value of mahar to the wife. Dengan syarat tidak membebankan.
Islam tu indah sebenarnya kan? Setiap garis panduan yang ditetapkan dalam Al-Quran pasti beserta dengan hikmah sekali. Kadang-kadang kita je yang taktau. Atau tak ambik tau. So I guess that's all I could share for now. Semoga laluan I (dan bakal suami) untuk mendirikan masjid ni dipermudahkan. Amin.
Love,
the-humble-bride