Thursday, October 18, 2012

Wedding dress:: Kebaya Songket Tradisional

Dear diary,


This time, I am here to share about what I wish to wear on my wedding. Kira macam dream wedding dress la ni. hehe. Memandangkan nanti akan ada 3 majlis iaitu akad nikah, resepsi sebelah perempuan, dan resepsi sebelah lelaki, so untuk salah satu majlis tu, I 'm planning to choose something that I have long been wanting to wear.


Biasanya perempuan je yang kecoh-kecoh nak pakai baju apa semua ni kan? Lelaki relax je tak kisah sangat sebab tak kira rekaan macam mana pun, pakaian untuk pengantin lelaki ni tak jauh beza. Jadi, perhatian biasanya lebih sikit untuk pakaian pengantin perempuan.


Sebelum I tunjuk antara contoh-contoh yang I berkenan, antara kriteria yang I sangat ambik berat tuntuk baju yang di pakai semasa majlis nanti adalah:


  1. Cukup labuh terutamanya di bahagian belakang yang menutupi punggung.
  2. Tak ada bahagian yang jarang. Rasanya semua pengantin zaman sekarang dah kurang pakai baju yang jarang dekat tangan dan dada tu. Paling tidak pun semua mesti dah ada lining. So, takde masalah sangat.
  3. Potongan yang bagi effect tinggi dan langsing.


Kalau ikut kriteria kat atas ni, rasanya jenis baju yang paling sesuai adalah kebaya songket tradisional. Rekaannya yang tak ketat dan tak longgar terletak elok dekat badan, labuh menutupi punggung dan potongan serong dekat depan tu buat pengantin nampak slim and slender. Material kain songket tenun ni pulak tak jarang and kalau pandai pilih, boleh dapat kain songket yang tak tebal, tapi still mempunya tenunan yang timbul dan cantik.


I was inspired to wear traditional kebaya songket since the first time I watched the royal wedding of  YM Raja Nazrin Shah and YM Tuanku Zara a few years back. Sejak dari tu dah terdetik kat dalam hati "I will wear something descent and beautiful like this on my wedding later on". Padahal masa tu belom layak fikir pasal kawen lagi tapi dah siap berangan. haha.


Kuning diraja. Seri pengantin sangat terserlah.


Bagi I, pemakaian kebaya songket ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Evergreen bak kata orang putih. Selain tu, bila tengok pengantin pakai kebaya songket ni, seri dia lain macam sikit sebab menyerlahkan lagi ciri-ciri kemelayuan. Pengantin lelaki nampak segak bak seorang pahlawan, pengantin perempuan pulak nampak sopan dengan rekaan yang humble tapi tetap menyerlah.


Cantik dengan accessories yang simple.


More collection that I love.


Nampak segak kan?


So I think that's all I could tell about my dream wedding dress in one of the three events.  Untuk majlis yang lain tu, maybe design lain lah pulak. Tak best la kalau semua sama je kan? Tapi kebaya songket ni teringin dipakai dalam salah satu majlis tu.  That's what I wish for my big day later on. :)


Love,
the-excited-bride